Produk Olive House Shah Alam – Aafiyat Lifestyle

Khasiat Minyak Zaitun Olive House

Share with others

Khasiat minyak zaitun olive house disebabkan oleh tiga perkara iaitu:
1 – Extra Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun Extra Virgin)
Iaitu minyak zaitun perahan pertama dihasilkan secara perahan sejuk (mechanically cold press), tanpa menggunakan haba. Khasiat minyak zaitun akan berkurangan apabila terkena haba. Secara umum, minyak zaitun sensitive terhadap tiga perkara iaitu haba, cahaya dan Udara. Minyak zaitun olive house disimpan dalam botol kaca yang diletakkan didalam kotak untuk mengelakkan daripada terdedah kepada haba dan cahaya. Sesetengan pengeluar/pengedar meletakkan minyak zaitun di dalam botol gelap, namun penggunaan kotak adalah lebih baik kerana cahaya masih mampu menembusi botal berwarna gelap.
2 – 100% Minyak Zaitun
Minyak zaitun olive house ialah minyak zaitun asli yang tidak dicampur dengan bahan-bahan lain seperti minyak sayur dan lain-lain. Minyak zaitun yang dicampur dengan bahan-bahan lain akan mengurangkan khasiatnya atau mungkin mengundang mudarat sekiranya bahan yang dicampur tersebut mengandungi bahan-bahan berbahaya.
3 – Unfiltered Olive Oil (Minyak zaitun tidak bertapis)
Minyak zaitun olive house mempunyai khasiat yang tinggi berbanding dengan minyak zaitun biasa kerana olive house memastikan minyak zaitun olive house tidak melalui proses tapisan. Mnyak zaitun yang ditapis akan menyebabkan sebahagian daripada khasiat-khasiat minyak zaitun akan turut tertapis, seterusnya mengurangkan kandungan khasiat minyak zaitun tersebut.

Produk Olive House - Olivie Plus 30x

Berikut saya kongsikan artikel yang diperolehi daripada Berita Harian Online tentang kebaikan dan khasiat minyak zaitun.

PENYELIDIK tempatan dan antarabangsa mengesahkan minyak zaitun mengandungi pelbagai khasiat, pengambilan dalam menu harian membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, selain mengurangkan risiko kanser.

Dihasilkan daripada pati buah zaitun, selain digunakan dalam masakan, minyak ini juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan kecantikan dan dandanan diri.

Pakar Perubatan Umum Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Dr Norman Mohd Norawi, berkata minyak zaitun mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan seperti membantu mencegah penyakit jantung, strok, diabetes, mengawal kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Beliau berkata, pengambilan minyak zaitun dapat membantu mengawal glukos dalam darah kepada pesakit diabetes.
“Amalan mengambil minyak ini juga dapat mengurangkan risiko barah, mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun, Dr Norman berkata, minyak zaitun tidak boleh menggantikan rawatan konvensional seperti ubat-ubatan yang dibekalkan doktor untuk merawat penyakit berkaitan gangguan sistem kardiovaskular.

Beliau berkata, minyak zaitun digunakan sejak beribu tahun terutamanya di kawasan Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas masakan sesuai digunakan untuk semua peringkat usia dan jantina.

Namun, katanya, penggunaan suhu yang tinggi ketika memasak boleh mengurangkan zat dan khasiatnya.
“Minyak zaitun akan hilang khasiatnya jika dimasak melebihi suhu 190 darjah selsius (c), bagi tujuan memasak, anda disaran menggunakan suhu kurang daripada 190 darjah selsius.
“Minyak zaitun tidak sesuai untuk masakan ‘deep fry’ seperti menggoreng ikan dan ayam atau sajian berempah, misalnya kari dan rendang,” katanya.

Dr Norman berkata, minyak zaitun paling berkhasiat dan gred yang menjalani proses perahan pertama atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO).
Katanya, perahan pertama ini bersifat anti oksidan kaya polifenol, vitamin, asid lemak dan rasa terbaik, malah kadar asidnya kurang 0.8 peratus.

“Harga EVOO ini paling mahal dan diletakkan dalam botol kaca gelap untuk menjaga khasiatnya.
“Kajian mendapati minyak zaitun perahan awal atau Virgin Olive Oil (VOO) juga mempunyai khasiat terbaik.
“Minyak zaitun paling mahal diletakkan gas nitrogen dalam botolnya bertujuan mengelak pengoksidaan hingga boleh menghilangkan polifenol anti oksidannya.

“VOO adalah gred kedua dengan kadar keasidan adalah di antara 0.8 hingga 2.2 peratus. Lebih sesuai digunakan untuk memasak, harganya murah sedikit dan disimpan dalam botol gelap,” katanya.

Bagi kategori minyak zaitun pomace dan lampante, hasil perahan buah sudah diekstrak minyaknya menggunakan bahan kimia.

Pilihan ini walaupun kualitinya tidak begitu baik berbanding EVOO dan VOO, namun boleh digunakan untuk memasak.
Bagi kategori ini, minyak berkenaan sesuai dijadikan bahan asas membuat sabun.

Anda disaran membeli minyak zaitun daripada pembekal diiktiraf bagi mengelak kekeliruan dari segi kualiti.

Pada peringkat antarabangsa, kualiti minyak ini ditentukan badan akreditasi antarabangsa International Olive Oil Council (IOOC), berpangkalan di Sepanyol.
Letak dalam sudu makan dan minum terus
* Minum satu sudu pagi dan satu sudu petang atau malam (boleh minum air selepasnya)
* Letak sebagai dressing dalam salad atau ulam
* Renjis sedikit pada masakan seperti lauk, sayur-sayuran, telur dadar dan telur hancur.
* Gunakan ketika memasak pada suhu rendah untuk menggoreng telur mahupun merenih sayur.
Perbezaan minyak zaitun dan kelapa dara
Kandungan asid lemak utama
* Minyak zaitun ekstra dara
– Omega 9- Adsid Oleik
– Sifat anti radang
* Minyak kelapa dara
– Asid laurik
– Sifat anti radang
* Kandungan anti oksida
– Minyak zaitun ekstra dara
– Mengandungi hydroksitirosol, tirosil, oleocanthal, oleuropin
vitamin E
* Minyak kelapa dara
– Vitamin E, K dan choline
* Kelebihan
Minyak zaitun esktra dara
* Kawal keradangan kronik
* Turunkan kolekstrol
* Turunkan berat badan
* Kurangkan risiko jantung, koronori, diabetes, kanser, alzheimer
baik untuk kesihatan kulit
* Awet muda
Minyak kelapa dara
* Kawal keradangan kronik
* Turunkan kolestrol
* Turunkan berat badan lebih kuat berbanding minyak zaitun
* Sumber tenaga segera
* Mengurangkan risiko sakit jantung, koronori, hipertensi
diabetes dan nyanyuk.
* Anti kulat
* Meningkat sistem imuniti tubuh
* Tingkat kesihatan kulit
4. Penggunaan
Minyak zaitun esktra dara
* Minum terus sebagai salad dressing
* Boleh dimasak tetapi pada suhu rendah kurang 190c
Minyak kelapa dara
* Boleh minum terus
* Sangat stabil pada suhu tinggi dan sesuai dimasak dengan kaedah sajian tempatan

Sumber: Berita Harian Online Mac 2019 – manfaat luar biasa minyak zaitun

 

Minyak zaitun Olive House diproses mengikut standard antarabangsa.

Terdapat 2 jenis minyak zaitun yang diedarkan oleh Olive House, iaitu yang diimport daripada Turki yang digelar Pati Minyak Zaitun dan yang diimport daripada Morocco (Maghribi) yang dikenali sebagai Olivie Plus 30x.

Olivie Plus 30x mengandugi khasiat iaitu kandungan antioksidan yang 30x lebihi tinggi berbanding dengan minyak zaitun biasa. Semua ini disahkan oleh kajian makmal dengan membandingkan 22 sampel minyak zaitun yang diambil daripada beberapa negeri.

Ladang Olivie Plus 30x Olive House

Kat mana nak dapatkan minyak zaitun Olive House?

 

Share with others
Scroll To Top